RUKUN-RUKUN MANDI

 بحيرة الأزهر  شرح سفينة النجاة

Kitab Buhairah Al-Azhar Syarah Matan Safinah An-Najah

RUKUN-RUKUN MANDI

Siri 30




Berkata Pengarang :

فُرُوْضُ الْغُسْلِ اثْنَانِ النِّيَّةُ وَ تَعْمِيْمُ الْبَدَنِ بِالمَاءِ

Segala fardu mandi itu ada dua yaitu niat dan meratakan badan dengan air.

KETERANGAN

PENGERTIAN MANDI

Berkata Dr Wahbah Az-Zuhaili :

وهو لغة: سيلان الماء على الشيء مطلقاً

Artinya : “Dan arti mandi itu pada bahasa ialah meratakan air atas suatu secara mutlkak yakni samada dengan berniat atau tiada.” (Kitab Al-Fiqh Al-Islami)

Dan berkata Syeikh Abdurrahman Al-Jaziri :

الغسل بضم الغين معناه في اللغة الفعل الذي يقع من الإنسان من إراقة الماء على بدنه، ودلك بدنه 

Artinya : “Al-Ghuslu dengan dhommah huruf ghain maknanya pada bahasa ialah perbuatan yang dilakukan olih manusia yaitu menuangkan air ke atas badannya dan menggosok akan badannya.” (Kitab Al-Fiqh ala Mazahib Al-Arba’ah)

Dan ada pun makna mandi pada istilah syarak ialah :

سيلان الماء على جميع البدن مع النية

Artinya : “Mengalirkan air atas sekelian badan serta berniat.” (Raudhah At-Talibin)

Berkata Dr Wahbah Az-Zuahili :

والغسل شرعاً إفاضة الماء الطهور على جميع البدن على وجه مخصوص 

Artinya : “Dan arti mandi pada sisi syarak adalah menumpahkan air yang bersih atas sekelian badan atas rupa yang tertentu.” (Kitab Al-Fiqh Al-Islami)

Dan berkata Syeikh Sulaiman Al-Jamal :

سَيَلَانُهُ عَلَى جَمِيعِ الْبَدَنِ بِنِيَّةٍ وَاجِبَةٍ فِي غَيْرِ غُسْلِ الْمَيِّتِ

Artinya : “Makna mandi pada syarak ialah mengalirkan air atas sekelian badan dengan niat yang wajib pada selain mandi mayat.” (Kitab Hasyiah Al-Jamal)

Maksudnya hukum berniat pada mandi mayat itu ialah disunatkan.

DALIL WAJIB MANDI

Bermula asal disyariatkan mandi hadas ialah firman Allah Taala :

وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا فَٱطَّهَّرُواْ

Artinya : “Dan jika adalah kamu sekelian berhadas janabah maka hendaklah kamu bersuci.” (Al-Maidah : 6)

Berkata Imam Al-Husaini Al-Imrani :

يعني: فاغتسلوا

Artinya : “Menghendaki makna bersuci itu ialah mengerjakan mandi hadas.” (Kitab Al-Bayan)

Dan berkata Imam Al-Qurtubi :

و{اطهروا} أمر بالاغتسال بالماء

Artinya : “Makna bersucilah itu perintah mengerjakan mandi dengan air.” (Kitab Tafsir Al-Qurtubi)

Dan firman Allah :

وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِى سَبِيلٍ حَتَّىٰ تَغْتَسِلُواْ

Artinya : “Dan tidak harus orang yang junub masuk ke dalam masjid melainkan sekadar lalu sahaja sampailah mereka mengerjakan mandi.” (An-Nisak : 43)

Dan meratakan air sekelian badan ketika melakukan mandi itu ialah suatu yang wajib dengan sepakat sekelian fuqahak dan berdosalah seorang yang sengaja tidak meratakan air pada sekelian badannya ketika mandi hadas dan wajiblah atasnya meratakannya dengan air atau mengulangi mandi.

Menyebut olih Dr Mustafa Al-Khin :

فلقد أجمع الأئمة المجتهدون على أن الغسل للنظافة مستحب، والغسل لصحة العبادة واجب

Artinya : “Dan sungguhnya telah ijmak sekelian imam-imam mujatahid atas bahawasanya mandi kerana kebersihan itu disunatkan dan mandi bagi sahnya ibadah itu wajib.” (Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji)

RUKUN MANDI

Rukun mandi atau fardu mandi ialah suatu yang mesti dikerjakan olih orang yang mandi hadas maka jika dia tidak menyempurnakan rukun mandi ini nescaya mandinya tidak sah.

Berkata Pengarang :

فُرُوْضُ الْغُسْلِ اثْنَانِ النِّيَّةُ وَ تَعْمِيْمُ الْبَدَنِ بِالمَاءِ

Artinya : “Segala fardu mandi itu ada dua yaitu niat dan meratakan badan dengan air.”

Berkata Imam Ibnu Al-Mulaqqin :

وفرضه : النية وإيصال الماء إلى الشعر والبشر

Artinya : “Dan fardu mandi itu ialah niat dan menyampaikan air kepada rambut dan kulit.” (Kitab At-Tazkirah)

Dan menyebut olih Imam Ibnu Ruslan :

وَالْفَرْض تَعْمِيم لجسم ظهرا  .  شعرًا وظفرا منبت وبشرا

 وَنِيَّة بِالِابْتِدَاءِ أقترنت  .  كالحيض أَو جَنَابَة تعيّنت

Artinya : “Dan wajib ratakan air kepada zahir badan termasuk rambut dan kuku dan tempat tumbuh rambut. Dan berniat pada permulaan disertakan seperti haidh atau janabah ditentukan.” (Kitab Matan Zubad)

NIAT

Rukun mandi yang pertama ialah berniat dan adalah tempat niat itu di dalam hati.

Telah diriwayatkan daripada Umar Al-Khattab r.a. berkata Nabi sollallahu alaihi wasallam bersabda :

إِنَّمَا الْأَعْمَال بِالنِّيَّاتِ

Artinya : “Hanya sungguhnya sah segala amal itu ialah dengan berniat.” (Hadith riwayat Bukhari)

Berkata Dr Mustafa Al-Bugha :

وكيفيتها: أن يقول بقلبه ـ وإذا تلفظ بلسانه كان أفضل ـ: نويت فرض الغسل أو نويت رفع الجنابة، أو استباحة الصلاة، أو استباحة مفتقر إلى غسل

Artinya : “Bermula cara berniat ialah bahawa seorang itu mengucapkan niat itu di dalam hatinya. Dan apabila dia menuturkan niat itu pada lisannya nescaya ia adalah afdhal yaitu : نويت فرض الغسل atau نويت رفع الجنابة atau استباحة الصلاة atau استباحة مفتقر إلى غسل.” (Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji)

Maksudnya contoh niat bagi mandi yang wajib ialah berkata seorang itu di dalam hatinya dengan contoh niat berikut :

نويت فرض الغسل

Artinya : Aku berniat mandi yang fardu.

atau

نويت رفع الجنابة

Artinya : Aku berniat mengankat hadas janabah.

atau 

نويت استباحة الصلاة

Artinya : Aku berniat mengharuskan solat.

atau 

نويت استباحة مفتقر إلى غسل

Artinya : Aku berniat mengharuskan barang yang berhajat kepada mandi.

Maka harus seorang itu berniat dengan mana-mana dari contoh niat di atas dan sah mandinya.

Tersebut pada Kitab Mughni Al-Muhtaj dan Al-Majmu’ dan Raudhah At-Talibin :

وَتَكْفِي نِيَّةُ أَدَاءِ فَرْضِ الْغُسْل، أَوْ فَرْضِ الْغُسْل، أَوِ الْغُسْل الْمَفْرُوضِ، أَوْ أَدَاءِ الْغُسْل، وَكَذَا الطَّهَارَةُ لِلصَّلاَةِ. أَمَّا إِذَا نَوَى الْغُسْل فَقَطْ فَإِنَّهُ لاَ يَكْفِي

Artinya : “Dan memadai niat menunaikan fardu mandi atau niat fardu mandi atau niat mandi yang difardukan atau menunaikan mandi atau bersuci bagi solat. Ada pun apabila niat mandi sahaja maka sungguhnya ia tidak memadai.”

Berkata Imam As-Syairazi :

ومن أراد الغسل نوى الغسل من الجنابة أو الحيض أو نوى الغسل لاستباحة مالا يستباح الا بالغسل

Artinya : “Dan siapa yang mahu mandi hendaklah dia berniat mandi dari janabah atau mandi dari haidh atau berniat mandi kerana membolihkan perkara yang tidak dibolihkan melainkan dengan mandi.” (Kitab At-Tanbih Fi Al-Fiqh As-Syafie)

Demikian juga sah seorang perempuan yang mandi setelah kering darahnya berniat  mengankat hadas haidh atau mengankat hadas nifas atau niat mandi yang wajib atau mandi yang fardu atau niat mengankat hadas yang besar.

Dan jika perempuan yang mandi dari haidh tersalah berniat mengankat hadas nifas atau perempuan yang nifas berniat mengankat hadas haidh maka memadai niatnya itu.

Berkata Syeikh Al-Bujairimi :

وَيَرْتَفِعُ الْحَيْضُ بِنِيَّةِ النِّفَاسِ وَعَكْسِهِ مَعَ الْعَمْدِ

Artinya : “Dan terangkat hadas haidh dengan niatkan nifas atau sebaliknya yaitu terangkat hadas nifas dengan niatkan haidh walau dengan sengaja.” (Kitab At-Tajrid)

Dan demikian juga sah orang yang junub berniat mandi yang wajib atau mandi yang fardu atau mengankat hadas besar.

Tersebut pada Kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah :

وَقَال الشَّافِعِيَّةُ: النِّيَّةُ وَاجِبَةٌ فِي الْغُسْل فَلاَ يَصِحُّ الْغُسْل إِلاَّ بِنِيَّةٍ، أَيْ رَفْعِ حُكْمِ الْجَنَابَةِ إِنْ كَانَ جُنُبًا، وَرَفْعِ حَدَثِ الْحَيْضِ إِنْ كَانَتْ حَائِضًا، أَوْ لِتُوطَأَ، أَوِ الْغُسْل مِنَ الْحَيْضِ

Artinya : “Telah berkata ulamak mazhab Syafie bermula niat itu wajib ia pada mandi maka tiada sah mandi melainkan dengan berniat artinya mengankat hukum janabah jika dia junub dan mengankat hadas haidh jika perempuan itu yang haidh atau supaya diharuskan dijimak atau mandi dari haidh.”

Dan afdhal jika dilafazkan niat itu pada lisan akan tetapi yang diwajibkan ialah berniat di dalam hatinya.

Dan hendaklah niat itu dihadirkan di dalam hati ketika membasuh mana-mana anggota badan dengan air maka jika niat dahulu dari kena air pada badan maka tidak sah mandinya.

Berkata Syeikh Zakaria Al-Ansari :

(وَيَجِبُ قَرْنُهَا) أَيْ النِّيَّةِ (بِأَوَّلِ فَرْضٍ) وَهُوَ أَوَّلُ مَا يُغْسَلُ مِنْ الْبَدَنِ

Artinya : “Dan wajib menyertakan niat dengan awal juzuk yang wajib dibasuh daripada badan.” (Kitab Asnal Matolib)

Maka jika dia basuh badannya dahulu kemudian baru dia berniat maka wajib dia ulang basuh bahagian badan yang dibasuh sebelum berniat.

Berkata Syeikh Al-Bujairimi :

فَلَوْ نَوَى بَعْدَ غُسْلِ جُزْءٍ وَجَبَ إعَادَةُ غُسْلِهِ

Artinya : “Maka jikalau seorang berniat selepas basuh satu juzuk (dari badannya) nescaya wajib mengulangi basuhnya (juzuk tersebut).” (Kitab At-Tajrid)

Dan berkata Syeikh Khatib As-Syarbini :

وَتَكون النِّيَّة مقرونة بِأول مَا يغسل من الْبدن سَوَاء أَكَانَ من أَعْلَاهُ أم من أَسْفَله إِذْ لَا تَرْتِيب فِيهِ فَلَو نوى بعد غسل جُزْء مِنْهُ وَجب إِعَادَة غسله

Artinya : “Dan adalah niat itu bersama dengan permulaan dibasuh akan badan samada bahagian badan yang sebelah atas atau sebelah bawahnya kerana tidak ada tertib padanya. Maka jikalau seorang itu berniat selepas membasuh akan satu juzuk dari badannya nescaya wajib mengulangi basuh bahagian tersebut.” (Kitab Al-Iqna’)

Maksud tiada tertib itu ialah mandi tidak ada padanya tertib membasuh anggota badan seperti mana wuduk yang ada padanya tertib membasuh anggota yang dahulu dan yang kemudian.

Berkata Imam Al-Husaini Al-Imrani As-Syafie :

قال الشافعي رَحِمَهُ اللَّهُ : وما بدأ به الرجل والمرأة في الغسل أجزأهما . وهذا صحيح لأن الترتيب في الغسل ليس بواجب لأنه فعل واحد في جميع البدن فهو كالعضو الواحد في الوضوء، إلا أنّ المستحبّ: أن يبدأ بما قدمناه

Artinya : “Telah berkata olih Imam Syafie r.a. dan apa sahaja yang memulakan dengannya olih lelaki dan perempuan pada ketika mandi itu memadai bagi keduanya. Dan ialah yang sahih kerana sungguhnya tertib pada mandi itu tidak wajib kerana sungguhnya mandi itu ialah perbuatan yang satu pada sekelian badan maka ia seperti satu anggota pada wuduk melainkan bahawa disunatkan mulai dengan anggota yang telah kami sebutkan yaitu sebelah kanan dahulu.” (Kitab Al-Bayan)

Maksudnya wuduk itu mesti dibasuh anggotanya mengikut tertib maka jika berwuduk dengan basuh kaki dahulu kemudian basuh tangan nescaya wuduknya tidak sah kerana disyaratkan basuh tangan dahulu daripada basuh kaki. 

Ada pun anggota mandi hanya satu yaitu sekelian badan maka mana-mana bahagian badan yang dibasuh dahulu adalah sah belaka seperti membasuh tangan pada wuduk maka samada dibasuh jari dulu atau lengan dulu atau siku dulu semuanya adalah sah belaka.

Dan disyaratkan bagi sahnya niat hendaklah niat itu ketika mula mengenakan air pada badan samada bahagian kepala atau muka atau dada atau pinggang atau kakinya. Misalnya apabila air dijirus atas kepalanya seorang itu pun berniat maka niatnya itu adalah sah dan hendaklah dia sempurnkan basuh sekelian anggota badan yang lain dari kepalanya.

Tetapi jika ketika mula membasuh kepalanya dia belum berniat dan ketika membasuh bahunya baru dia berniat maka niatnya itu sah tetapi wajib dia basuh semula kepalanya kerana ketika membasuh kepalanya tadi dia belum berniat.

Atau seorang itu memulakan mandi dengan membasuh kakinya dan berniat maka niatnya itu sah kerana tidak disyaratkan berniat itu pada mana-mana anggota yang tertentu.

Jika seorang yang hendak mandi hadas tetapi tersalah dia berniat mengambil wuduk maka mandinya itu tidak sah.

Berkata Imam Nawawi :

وَلَوْ نَوَى رَفْعَ الْحَدَثِ الْأَصْغَرِ مُتَعَمِّدًا، لَمْ يَصِحَّ غُسْلُهُ عَلَى الْأَصَحِّ

Artinya : “Dan kalau seorang itu berniat mengankat hadas yang kecil dengan sengaja nescaya tidak sah mandinya menurut pendapat yang paling sahih.” (Kitab Raudhah At-Talibin)

Jika seorang itu baru teringat hendak berniat selepas dia selesai mandi maka mandinya itu tidak sah kerana tidak berniat ketika membasuh badannya.

RATAKAN AIR SEKELIAN BADAN

Dan rukun mandi yang kedua ialah ratakan air sekelian badan.

Jika ada pada badan seorang yang hendak mandi itu najis seperti air kencing maka yang afdhal ialah dia bersihkan terlebih dahulu sebelum memulakan mandi akan tetapi jika dia bersihkan najis itu di dalam mandinya maka ia sudah memadai.

Berkata Syeikh Sulaiman Al-Jamal :

(فَتَكْفِي غَسْلَةٌ) وَاحِدَةٌ (لِنَجَسٍ وَحَدَثٍ) ؛ لِأَنَّ مُوجِبَهُمَا وَاحِدٌ، وَقَدْ حَصَلَ

Artinya : “Maka memadai basuhnya yang satu akan najis dan hadas kerana sungguhnya yang mewajibkan keduanya ialah satu yaitu mandi maka ia telah berhasil.” (KItab Hasyiah Al-Jamal)

Maka wajib menyampaikan air dan mengalirkannya kepada sekelian badan yang zahir sehingga sekelian kuku kaki dan tangan dan celah-celahnya dan sekelian helai rambut pada badan dan bulu-bulunya dan sekelian kulit tempat tumbuh rambut dan bulu sekalipun tebal ia melainkan bulu yang tumbuh di dalam lubang hidung dan telinga tiada wajib menyampaikan air padanya tetapi sunat.

Berkata Syeikh Al-Qalyubi :

وَلَا تَجِبُ مَضْمَضَةٌ وَاسْتِنْشَاقٌ كَمَا فِي الْوُضُوءِ

Artinya : “Dan tidak wajib berkumur dan masukkan air ke hidung sebagaimana pada berwuduk.” (Kitab Hasyiah Al-Qalyubi Wa ‘Umairah)

Dan jika rambut yang diikat atau disanggul maka wajib dibuka ikatannya dan sanggulnya jika tidak sampai air pada setiap helaiannya kalau tidak dibuka.

Menyebut olih Syeikh Khatib As-Syarbini :

(تَعْمِيمُ شَعْرِهِ) ظَاهِرًا وَبَاطِنًا وَإِنْ كَثُفَ، وَيَجِبُ نَقْضُ الضَّفَائِرِ إنْ لَمْ يَصِلْ الْمَاءُ إلَى بَاطِنِهَا إلَّا بِالنَّقْضِ، لَكِنْ يُعْفَى عَنْ بَاطِنِ الشَّعْرِ الْمَعْقُودِ

Artinya : “Wajib meratakan air pada rambutnya zahir dan batin sekalipun rambut itu tebal dan wajib membuka ikatan rambut jika air tidak sampai kepada batinnya melainkan dengan dibukanya akan tetapi dimaafkan bahagian batin bagi rambut yang kusut sendirinya.” (Kitab Al-Iqna’)

Akan tetapi jika tidak dibuka pun air dapat sampai pada setiap helaian rambut dan tempat tumbuhnya maka sunat dibuka ikatan dan sanggulnya itu.

Dan wajib disampaikan air pada segala belahan-belahan yang ada pada badan seperti belahan tapak kaki dan umpamanya.

Dan wajib disampaikan air dibawah segala pelipatan seperti pelipatan pada perut dan pinggang dan belakang dan paha dan dan pelipatan telinga dan cupingnya dan lainnnya. Biasa berlaku bagi setengah orang yang perutnya berlipat dan tiada diangkat akan lipatan perutnya itu ketika mandi dan tidak sampai air dibawahnya maka tidak sah mandinya itu.

Demikian juga hendaklah disampaikan air pada lubang pusat dan dibawah tetek orang perempuan.

Dan wajib menyampaikan air dicelah kankang seperti pada celah papan punggung dan celah faraj dan kedua tepi faraj dan hendaklah duduk seperti duduki mencangkung ketika hendak membasuh di bahagian ini kerana jika mandi dengan berdiri biasanya air tidak kena pada celah punggung dan celah faraj.

Begitu juga bahagian yang terbuka sendiri pada lubang faraj perempuan ketika dia duduk mencangkung itu adalah bahagian badan yang zahir maka wajib sampai air di kawasan tersebut dan jika lelaki yang belum berkhitan maka wajib disampaikan air di bawah kulupnya.

Berkata Syeikh Khatib As-Syarbini :

وَمِنْ فَرْجِ الْمَرْأَةِ عِنْدَ قُعُودِهَا لِقَضَاءِ الْحَاجَةِ، وَمَا تَحْتَ الْقَلَفَةِ مِنْ الْأَقْلَفِ

Artinya : “Dan termasuk yang wajib sampai air itu ialah faraj perempuan ketika dia duduk bagi qadha hajat dan di bawah kulup lelaki yang belum berkhitan.” (Kitab Al-Iqna’)

Dan tiada wajib disampaikan air ke dalam mulut dan ke dalam lubang hidung sebagaimana tidak diwajibkan juga keduanya ketika berwuduk.

Berkata Syeikh Abdurrahman Al-Jazair :

أما الشافعية والمالكية فقد قالوا: إن الفرض هو غسل الظاهر فقط، فلا تجب المضمضة والاستنشاق لا في الوضوء ولا في الغسل

Artinya : “Ada pun ulamak-ulamak mazhab Syafie dan Maliki sungguh berkata mereka itu bahawasanya yang wajib ketika mandi itu ialah membasuh anggota yang zahir sahaja maka tidak wajib berkumur dan memasukkan air ke hidung samada pada ketika wuduk atau ketika mandi.” (Kitab Al-Fiqh ala Mazahib Al-Arba’ah)

Dan ada pun tepi lubang hidung dan bibir mulut maka yaitu dari bahagian badan yang zahir maka wajib membasuh keduanya ketika mandi.

Ketahuilah bahawa hadas tidak terangkat jika ada sedikit bahagian yang tidak kena air pada zahir badannya dan mandinya itu tidsak sah.

Telah diriwayatkan daripada Ali r.a. katanya : Aku telah mendengar akan Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :

مَنْ تَرَكَ مَوْضِعَ شَعَرَةٍ مِنْ جَنَابَةٍ لَمْ يُصِبْهَا مَاءٌ، فَعَلَ اللَّهُ تَعَالَى بِهِ كَذَا وَكَذَا مِنَ النَّارِ

Artinya : Barangsiapa meninggalkan sehelai rambut dari janabah tidak kena olih air nescaya Allah akan berbuat begini dan begini di dalam neraka.” (Riwayat Imam Ahmad)

HIKMAH DISYARIATKAN MANDI

Berkata ulamak bermula disyariatkan mandi itu kerana tersusun atasnya beberapa kelebihan yaitu :

حصول الثواب

Artinya mendapat pahala kerana sungguhnya mandi di sisi syarak itu ialah satu ibadah kerana terdapat pada mandi itu menjunjung perintah agama dan mengamalkan dengan hukumnya dan pada ini sudah tentu ada pahala yang besar. 

Kerana itulah Rasulullah sollallahu alaihi wasallam bersabda :

الطُّهُورُ شَطْرُ الإيمانِ

Artinya : “Bersuci itu sebahagian daripada iman.” (Hadith riwayat Muslim)

Yakni bersuci yang masuk didalamnya mandi itu ialah sebahagian atau satu juzuk daripada iman.

حصول النظافة

Artinya menghasilkan kebersihan kerana apabila seorang Islam itu mandi maka bersihlah tubuh badannya dari segala kotoran yang ada padanya dan bersih dari peluh dan debu yang melekat pada badannya. Maka bersih dari segala kotoran yang tersebut ialah satu penjagaan dari penyakit dan hilang bau yang busuk daripada badan menyebabkan kasih olih sekelian manusia.

حصول النشاط

Jadi rajin yaitu apabila seorang itu mandi maka badannya akan menjadi segar dan hilang rasa letih yang dia rasa sebelum kena air pada badannya dan selepas mandi pula akan datang rasa rajin dan bersemangat kerana dengan sebab mandi itu biasanya akan hilang rasa kemalasan di dalam diri.

wallahua’lam 

copas dari halaman facebook  ustaz azhar idrus


Comments